Monday, July 25, 2011

Light Trail

Malam tadi,aku ambil keputusan nak shot light trail.Lokasi atas jejantas depan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun.Ni merupakan percubaan pertama aku shot gambar light trail dengan menggunakan long exposure.Dan hasilnya..........













Sunday, July 24, 2011

Bukit sejuk waterfall

Ha... ni dia.Petang semalam,aku dan member aku azman pergi ke bukit sejuk.Satu tempat yg aku rasa jarang dikunjungi oleh orang awam.Tempat ni terletak di ketengah jaya.Lebih kurang dalam 30km dari bandar paka.Sebelum ni,tak tahu langsung yang tempat ni ada air terjun.Dulu,byk kisah seram yang aku dengar di kawasan ni.Percaya atau tidak,tempat ni kalau kita drive kereta atau motor,pastinya hawa dingin dan kesejukan terasa.Itu dulu la.sekarang ni dah kurang.Tujuan sebenar aku pergi tempat ni adalah untuk mencari batu yang berbentuk manusia bertapa dan sebuah gua seperti apa yang diceritakan oleh kawan aku tu.Tapi,bukan senang nak jumpa sebab ianya muncul secara kebetulan.Mungkin orang yang tersesat boleh jumpa kot.Dengar cerita dari kawan aku tu,ayahnya pernah terjumpa batu dan gua tu.
Apa2 pun aku rasa berpuashati sebab berpeluang masuk ke tempat ni walaupun terpaksa meredah hutan dan mendaki batu batu yang licin.Alhamdulillah,di bawah ni ada beberapa keping foto air terjun yang sempat aku shot untuk koleksi aku.



Air terjun tingkat 3.Tempat yang tak ada kesan kedatangan orang.Seram sejuk rasa tempat ni.







Air terjun tingkat pertama.Nampak ada kesan2 orang datang bermandi manda.



kawan aku Azman.Sempat lagi bermain mesej dengan aweknya.


Cuba bayang kan kalau aku terjatuh.Bukan setakat kamera aku hancur,denganaku2 sekali bungkus.

Tuesday, July 19, 2011

Monday, July 18, 2011

Chemerong Waterfall

Baru2 ni,aku dan family pergi berkelah kat air terjun chemerong di Pasir raja hulu dungun.Jaraknya lebih kurang 100 km dari bandar dungun.Kalau tak silap lah.
Gambar ni aku snap dengan menggunakan slow shutter speed.Tapi gambar ni tak cukup sharp sebab tak pakai tripod.Ni lah hasil yg aku dapat...





Nah..ambik kau..sempat lagi aku snap gambar ni.Org teganu panggil 'sibowww' atau 'puting beliung.'Nama saintifik dia aku dok tahu..Cuba jugak nak buat micro,tapi lense aku pakai tu tak mampu bro.Ni lah hasil yg tak seberapa.



Anak aku sedang mengelamun di atas batu sambil menjilat jarinya.Mungkin dia kesejukan.

Sunday, July 17, 2011

Sunset & Bokeh

Sunset>salah satu foto yang aku minat.Sunset ni aku snap atas jambatan seberang pintasan.Baru nak berjinak2.Ni lah hasilnya...











Petang semalam,aku berpeluang mengambil gambar bokeh.Lokasi tersangat lah jauh.Belakang rumah mak mertua aku.he he he...ni antara beberapa keping gambar yang sempat aku ambil dengan menggunakan D7000 Lense nikon AF 18mm-105mm.Hasilnya...nak ambik kau....

Tak sabar rasanya nak beli Lens Nikon 50 mm 1.4f...Kalau ada yang ni,jawabnya tak duduk diam la aku.Habis gambar serangga aku ambik.Gambar makro yg dihasilkan oleh lense ni sungguh marbeles.....duitttt!!!!!!!!aku nok beli lense...mana duit???????




Kesian kat beskal nih.Dah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.Kisahnya tayar bocor je,tapi kerana malas nak tukar tiub,dihumbannya dalam semak nih.ha ha ha...




ayam kapan adik ipar aku...ni kalau dapat aku tangkap sembelih,masak gulai,fuuuhhh...memang best la.Tapi lepas tu,adik ipar aku lak sembelih aku buat daging masak merah..sebab ni ayam kesayangan dia ni...




Aku tak tahu lak nama buah ni.Pak mertua aku ada bagitau semalam.Tapi aku dah lupa..Bengap sungguh la aku ni.Buah ni asalnya tak cantik pun kat luar.Tapi,dalam gambar bokeh ni,cantik la pulak.hahah...masuk bakul angkat sendiri..

Saturday, July 16, 2011

Muzium sg.Lembing

Hari Jumaat baru ni,aku dan family berkesempatan melawat Muzium Sg Lembing.Pada mulanya,nak pergi air terjun sg.Pandan.Tapi memandangkan cuaca gelap,aku pun buat keputusan pergi ke muzium.Lagi pun,aku memang minat sangat kat tempat2 sejarah ni.Sungai lembing ni merupakan tempat tinggalan perlombongan bijih timah sekitar tahun 1930.Byk jugak tinggalan2 sejarah yang ada kat situ.Apa lagi,aku tak lepaskan peluang snap foto unuk koleksi aku.












Muzium ni asalnya banglo Mat Salleh zaman lombong bijih timah dulu.




sempat lgi snap foto ni.he he he





Boleh tahan jugak tinggi.Letih woo...











Izzah athirah..my daughter



my wife










































































Sorry,gambar terbalik.Ni merupakan terowong yang digunakan oleh pekerja lombong.Dalamnya dianggarkan 1000 kaki.Terowong nih telah ditutup kepada orang awam.Dikhuatiri boleh runtuh bila2 masa.


Zaman kecik2 dulu aku sempat lagi guna lampu kabait nih.


SCBA(self contain Breathing Apparatus)Alat ini digunakan sebagai sistem pernafasan yang membekalkan oksigen kepada pekerja lombong.


Sebahagian alat pengangkutan yg digunakan untuk mengangkut bijih timah daripada lombong.










mesin taip lama


kalau tak silap,ini kaunter machine.





Radio lama.


Bilik penginapan orang Inggeris.Bilik ini juga digunakan sebagai tempat penginapan sultan Abu Bakar semasa lawatan baginda ke tempat lombong ni.


Telefon lama.


Loudspeaker


Novel2 lama


Kipas lama


Aku rasa ini projector.








Telefon lama








Antara batu2 yang terdapat dalam lombong ni.














Model lombong.