Sunday, September 4, 2011

pepatung

Lama doh rasanya dok update blog nih.Sebelum ni sibuk dengan tugasan harian.Sampai nok buka blog ni pun tak dok masa.Foto bawah ni merupakan hasil kerja pertama aku dalam mengambil gambar ala2 makro.Tapi x jadi makro lagi.
Sebab aku hanya guna lens 18-105 mm.Gambar di bawah ni sudah di crop.Hanya tambah watermark aje.Lokasi nya adalah The eight Box village atau dalam bahasa melayunya 'Kg.Lapan Kotak' yg terletak di daerah Besut terengganu.Dengor nama pun dah kelakar kan.Tapi ni lah tempat kelahiran aku sebelum aku berpindah ke Felda Neram Satu pada usia 3 tahun.
Inilah hasil yang tak seberapa.Letih jugok nak dapat kan gambar mcm dibawah ni dgn menggunakan kit lens sebab terpaksa meniarap,tertonggeng dan bergerak dalam keadaan perlahan2.Takut beliung ni lari.he he he...
















Monday, July 25, 2011

Light Trail

Malam tadi,aku ambil keputusan nak shot light trail.Lokasi atas jejantas depan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun.Ni merupakan percubaan pertama aku shot gambar light trail dengan menggunakan long exposure.Dan hasilnya..........













Sunday, July 24, 2011

Bukit sejuk waterfall

Ha... ni dia.Petang semalam,aku dan member aku azman pergi ke bukit sejuk.Satu tempat yg aku rasa jarang dikunjungi oleh orang awam.Tempat ni terletak di ketengah jaya.Lebih kurang dalam 30km dari bandar paka.Sebelum ni,tak tahu langsung yang tempat ni ada air terjun.Dulu,byk kisah seram yang aku dengar di kawasan ni.Percaya atau tidak,tempat ni kalau kita drive kereta atau motor,pastinya hawa dingin dan kesejukan terasa.Itu dulu la.sekarang ni dah kurang.Tujuan sebenar aku pergi tempat ni adalah untuk mencari batu yang berbentuk manusia bertapa dan sebuah gua seperti apa yang diceritakan oleh kawan aku tu.Tapi,bukan senang nak jumpa sebab ianya muncul secara kebetulan.Mungkin orang yang tersesat boleh jumpa kot.Dengar cerita dari kawan aku tu,ayahnya pernah terjumpa batu dan gua tu.
Apa2 pun aku rasa berpuashati sebab berpeluang masuk ke tempat ni walaupun terpaksa meredah hutan dan mendaki batu batu yang licin.Alhamdulillah,di bawah ni ada beberapa keping foto air terjun yang sempat aku shot untuk koleksi aku.



Air terjun tingkat 3.Tempat yang tak ada kesan kedatangan orang.Seram sejuk rasa tempat ni.







Air terjun tingkat pertama.Nampak ada kesan2 orang datang bermandi manda.



kawan aku Azman.Sempat lagi bermain mesej dengan aweknya.


Cuba bayang kan kalau aku terjatuh.Bukan setakat kamera aku hancur,denganaku2 sekali bungkus.